waktu dan ketika aku nak kongsikan pepatah demam yang direka khas oleh beta sendiri sebab terlampau bosan menghadap laptop ni memanjang sambil berdemam, hahahha
enjoy it ;D
Mata rabun kerana tv, mata cengkung kerana demam
Maksud : Demam yang leceh.
Berat demam sama dipikul, ringan tidur sama dijinjing
Maksud : Kalau dah demam semua anggota rase berat, tidur jugak yg best.
Demam yang digenggam biar sampai kebah
Maksud : Harap2 cepat la kebah demam ni.
Melentur demam biarlah dari dahinya
Maksud : Dahi selalunya orang akan rase dlu panas ke tak.
Duduk sama demam, berdiri sama sihat
Maksud : Dah sihat je boleh berdiri tegap2.
Seperti demam dicucuk ubat
Maksud : Ubat dipakse makan walau tak suke.
Ubat sudah di tangan, demam masih didahi
Maksud : Kadang2 ubat dah bnyak kali makan, demam cm tu juge.
Tak lapuk dek ubat, tak lekang dek coolfever
Maksud : Demam yang ekstrem.
Bagai demam dengan tidur
Maksud : Hubungan yang rapat antara pesakit.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu buat demam
Maksud : Jangan main hujan kang demam.
Kalau takut dilambung demam, jangan berumah di tepi rumah orang demam
Maksud : Jangan dekat ngn orang demam, kdg2 berjangkit.
Indah demam daripada buasir
Maksud : Lagi elok demam dari perkara yang tak elok dari demam.
Di mana demam dipijak, di situ ubat dijunjung
Maksud : Kadang2 ubat tu leh jadi teman rapat.
Kalau tidak dipecahkan bekas ubat, manakan baik demamnya
Maksud : Kene la makan ubat klu nk baik demam.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, orang dah sakit lagi disuruh berenang
Maksud : Jangan suroh orang demam buat macam2.
Sediakan ubat sebelum demam
Maksud : Beli la ubat bnyak buat spare.
Biar mati virus demam, jangan mati tarikhbroadband
Maksud : Surfing internet tak menyusahkan orang demam.
okey, ni shaje bt mase ni,, hope you enjoy your day, JANGAN DEMAM, BAHAYA, hahaha,
Assalamualaikum