Panduan Solat Sunat Tahajjud

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Harini aku nak kongsikan panduan Solat Sunat Tahajjud..

Aku copy dari https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahajjud/

Kalau korang nak tau apa2 pasal ibadah, boleh jenguk sana ya..



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Tujuan Solat Tahajjud

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.


2. Niat Solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a) Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b) Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)  10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
doa sujud akhir tahajud

5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~
Doa Solat Sunat Tahajjud
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 


KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD


    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Memudahkan Bangun Solat Malam


  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



*credit to https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahajjud/

Kata Hati..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Lama sangat rasanya tak jejak sini..

Kali ni.. Aku nak kongsikan something..
Sebab.. hmm...

Rasanya aku dah tau macamana rasa kecewanya hati ni..
Hanya sebab perempuan..

Aku tau.. Kebanyakkannya semua salah aku sendiri..

Aku tak pernah menghargai..

Bukannya tak menghargai..
Aku sendiri tak tau apa aku rasa..

Sejak pertama kali aku duduk satu meja dengan dia..
Ada satu moment tu, aku tenung dia lama-lama..
Dalam renungan tu aku tak tau aku pikir apa..
Macam, hanyut..
Dia pun tak perasaan masa tu..

Ya, kami berkawan..
Sekadar kawan..
And aku still tak rasa perasaan yang aku rasa sekarang ni..

Tapi bila dia menjauh..
Aku rasa.. macam.. entah..
Tak keruan..

Ni pertama kali aku rasa macam ni..

Tak tau aku nak handle macamana perasaan ni..
Sebab aku memang zero pengalaman hal-hal macam ni..

Semuanya benda yang aku buat, aku ingat dia..

Pernah.. hampir menangis..

Tapi aku pikir balik, kenapa kena menangis?
Lama aku pikir.. kenapa aku tak boleh menangis?
Keras sangat ke hati aku ni..

Ya.. Aku sendiri tau.. memang semua salah aku..

Tak boleh salahkan orang lain..
Salah aku..
Aku..


Siap Ringkasan Novel Terbaru Aku 
Selalu Sangat Dengar Lagu Jiwang Ni Jadinya
HAHAHAHA
hmm..

Anak Buah Besar Sikit Wahahah

Assalamualaikum ^^. sedar tak sedar dah besar dah anak2 buah aku ni.. takde la besar sgt tapi kire besar gak la hehehe.. nak tengok? nah~~















Perlawanan Bola Yang Best


Assalamualaikum ;D.. hari ni aku saje nak kongsi info dua perlawanan , iaitu antara Malaysia dan Qatar.. Mungkin live kt astro 801.. sama2 kita menyokong Harimau Malaya! aummm!!



Ni pulak jadual perlawanan persahabatan antarabangsa (International Friendly Matches)

ENGLAND VS BRAZIL
7Feb2013
3.30am
Astro 817

NETHERLANDS VS ITALY
7Feb2013
3.30am
Astro 811

FRANCE VS GERMANY
7Feb2013
4.00am
Astro 816

PORTUGAL VS ECUADOR
7Feb2013
4.45am
Astro 811

Kosong ..


di saat waktu berhenti .. kosong .. kosong betul hidup aku ni .. kadang2 keliru gak ape tujuan hidup aku ni... mase depan .. macam,.. macam kosong.. 
tulah.. aku blaja pun tak brape pandai... bergaul pun tak pandai ... segan bercampur orang ... 
cita2 banyak, macam2 ade.. tp jalan tu tak nampak lagi .. hmm.. ape aku nk buat lepas habis dip nt .. sambung blaja ke? .. taknak lagi susahkan mkbapak aku kuar duit .. 
yesss, tu dia! aku nk kerja ! abis dip terus kerja! tak kesahlah keje kecik ke besar, kuli ke bos, janji dapat sara diri aku, taknak beban mkbapak lg ... 
hari2 aku tengok bapak aku keje ... penat pun, keje jugak, sbb dah sebati, klu tak keje, mau menggigil badan dye, hmm ... 
harap2 aku dapat tempuh n dapat capai impian aku yang tak pasti ap die ..hmm.. takpe! ganbatte!!!

Skillet

Assalamualaikum ^^ . sedang aku taip2 ni, perut aku rase sakit sangat .. mcm ade buih2 air yg byk dlm perut, xde pun rase cm nk 'membuang' , tp sakitnye cenggitu ahh pedehal .. tak peduli sgt, sbb penah sakit lg teruk dr ni ... 



Ok skang ni bukan nak cite sal perut , aku nak cite pasal satu band nu metal ni .. aku baru jumpe band ni dan bile dengar lagu2 dye, mmg kenelah ngn jiwaraga aku ni haha. 
Nama band ni ialah SKILLET. Aku jumpe dlm youtube, mase tengah cari amv bleach. Biaselah aku mmg suke amv2 ni, bile lagu yang kne ngn action anime or movie tu, aku mcm, WOOWW! haha. 


Dan aku baru search tadi dgn lebih mendalam lagi, ade aweks dlm band ni! aku tak tekejut sgt sbb mmg ade sore aweks dlm lagu2 dye, tp yg aku tekejutnye, aweks tu men DRUMS ! aku mcm, FUYOOOOO! cantik plakkk ! hahahha. 


Aku bce la komen2 kt video youtube music video band ni, ade yang kate aweks drums tu ialah wife vocalist Skillet tu sndiri ! ta taulah betul ke tak tp mmg ohsemm la kan bile aweks cun meng-drums kan lagu, lebih2 lagi lagu NU METAL ! WooWWWW lagi ! haha ! 


Setelah aku amati betul2, rasenye ade due aweks dlm band ni, satu lagi men gitar. Tapi aku akan start cari lagu2 terbaik dari Skillet ni. Ok ni je tuk musim ni. Saje je buang mase kt blog ni, padahal byk lagi keje kne buat , haha, ok adios! Assalamualaikum ^^

EURO 2012 !

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh semua ! fuhh lame gilee rase tak jenguk bendealah ni . Ok kali ni aku nak cite skit pasal jadual sukan yang digemari seluruh ceruk tepi2 tengah pelosok dunia, WORLD CUP EURO 2012 !!! Fuhh ! gile teruja ! haha ! pasukan kegemaran aku tentulah GERMANY ! dari dulu smpai skang mmg tak berubah pendirian haha .. Ok ni aku nak bagi sikit jadual tentang perlawanan Euro ni . saksikan ..


Jadual Kumpulan A – EURO 2012
8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE 
9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH 
13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA 
13 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH 
17 Jun – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA 
17 Jun – 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND 


Jadual Kumpulan B – EURO 2012 
9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK 
10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL 
13 Jun - 11.55 malam | DENMARK VS PORTUGAL
13 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN 
17 Jun - 02.45 pagi | PORTUGAL VS BELANDA
17 Jun - 02.45 pagi | DENMARK vs JERMAN


Jadual Kumpulan C – EURO 2012 
10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI 
11 Jun – 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA 
14 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs IRELAND 
14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA 
18 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL 
18 Jun – 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND 


Jadual Kumpulan D – EURO 2012 
11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs ENGLAND 
12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN 
15 Jun – 11:55 malam | SWEDEN vs ENGLAND 
16 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs PERANCIS 
20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE 
20 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS